top of page

Perkhidmatan Amah (Maid) vs Perkhidmatan Mencuci/Membersih (Cleaner)

  • novaarestaventures
  • Apr 7, 2015
  • 1 min read

134119873.jpg

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Bagi kebanyakan kita Perkhidmatan Amah dan Perkhidmatan Mencuci/membersih rumah adalah sama. Jadi tidak hairanlah saya menerima banyak panggilan telefon yang menginginkan saya menghantar Amah untuk mencuci/membersih rumah mereka. Mungkin kerana perkhidmatan Amah lebih murah dari perkhidmatan mencuci/membersih rumah. Ada perbezaan antara Amah dan mencuci/membersih rumah.

1) Caj Perkhidmatan

Khidmat Amah = Biasanya caj mereka adalah mengikut jam. 3 jam RM60-80 setiap seorang.Lebih 3 jam dikira bayaran kerja lebih masa (Overtime)

Khidmat Membersih/Mencuci = Caj yang dikenakan mengikut jenis rumah, kawasan dan kerja tanpa mengira jam. Kadangkala boleh memakan masa sehingga 12 jam untuk sebiji rumah.

2) Skop Kerja

Khidmat Amah = Lebih kepada rumah yang berpenghuni. Menyapu sampah, vakum, mengemop, membasuh baju, mengemas rumah dll.

Khidmat Membersih/Mencuci = mencuci dan membersih rumah kosong untuk didiami. Termasuk mencuci lantai (lalu air), mengemop, mengelap tingkap, membuang segala sawang dan habuk yg melekat di kipas, grill, mencuci kotoran minyak di jubin dapur.

3) Pekerja

Khidmat Amah = Perempuan

Khidmat Membersih/Mencuci = Lelaki

4) Samak

Khidmat Amah = Tiada

Khidmat Membersih/Mencuci = Ada

Diatas adalah sebahagian perbezaan antara perkhidmatan Amah vs perkhidmatan Membersih/Mencuci untuk rujukan. Semoga ia dapat memberi gambaran kepada semua sebelum memutuskan samaada mereka memerlukan Amah atau Cleaner. Buat masa ini, kami di NAV hanya menawarkan khidmat Cleaner 7 hari seminggu. Perkhidmatan Amah hanya ditawarkan pada hari Sabtu dan Ahad sahaja. Jika anda berminat menggunakan perkhidmatan kami, sila hubungi kami.

nova aresta logo 2_edited.png

 
 
 

Comments


Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

CALL FOR A FREE ESTIMATE  60183574903

© 2015 by Nova Aresta Ventures. Proudly created with Wix.com

  • Facebook App Icon
  • Blogger App Icon
bottom of page